Pages

May 13, 2012

SIKAP POSITIF DAN NEGATIF MANUSIA

Selama ni mungkin Anda tak sedar betapa bahayanya duduk berdekatan dengan orang yang fikirannya negatif. Cemana nak kenal orang sebegini? Lihat dua perkara:


1. Percakapannya.


2. Tindakannya.


Orang berfikiran negatif banyak bercakap mengenai keburukan orang lain, dia biasanya banyak meluahkan ketidakpuasan hatinya. Dia suka menceritakan kegeramannya terhadap sikap orang-orang tertentu, situasi tertentu, benda tertentu. Dia lebih banyak mem’blame’ (menyalahkan).


Orang berfikiran negatif cepat memandang buruk pada sesuatu yang baru. Tindakan mereka lebih banyak mengelak dari tanggungjawab. Jika diberi tanggungjawab, orang berfikiran negatif biasanya akan buat ala kadar saja.


Dalam bisnes, orang berfikiran negatif berbisnes untuk mencari duit supaya dia cepat kaya.


Orang berfikiran positif pula berbisnes untuk dia menabur bakti dan membantu orang lain. Untung dan duit menjadi perkara kedua, kepuasan pelanggan lebih utama. Mindset fikiran negatif wujud tanpa Anda sedari.


Jika Anda perasa Anda ada sikap-sikap negatif seperti yang diterangkan tadi, ubah cepat sebab sikap itu akan jadi penghalang untuk Anda cemerlang. Orang berfikiran negatif takkan pernah cemerlang, bahkan berusaha menghalang Anda dari jadi cemerlang.


Petikan dr imotivasi


Published with Blogger-droid v2.0.4

Apr 22, 2012

GOSIP SHAFIE APDAL DAN ZAHIDA RAFIK

rasanya semua orang da tshu sebab heboh satu malaya psl diorang. Dulu pernah keluar gosip mereka nikah d London. What ever lah.. yg jd persoalan skrg..mana datang duit byk2 tu.. 1.5M within 4month tuh...

Apr 10, 2012

FESYEN RED CARPET ABPBH 2011

asalnye nk tanya pakcik google cari pic natasha hudson yg da bertudung... jmpa2 byk pula pic ABPBH..so aku tempek la sebahagian utk tatapan korang...

natasha hudson yg da bertudung.











berano sungguh nko nyah.

wati nmpak gomoks la



pakai ape pun.. rozita tetapalatop!!!





bayangkan mrk bertiga adalah aiskrim n kek lapis..pasti menyelerakan



































Apr 3, 2012

HATI MANUSIA YANG TIDAK BERTAMADUN

Sebelum ni aku tak suka masuk entry utk cerita pasal orang.Tambahan pula aku tidak pernah nak amik pusing hal sekeliling demi menjaga silaturrahim... so aku diamkan je lah.... tp bila dah berkali macam ada orang sedang mencari bahan untuk disensasikan... emmm aku nak tulis jugak!!!!!!... aku tak kira.....aku dah kata jangan sampi pekung sendiri terbuka!!!!!...( takde la aku nk buka pekung orang... ye tak....manalah tau satu hari nnti pekung aku pun terbuka... hehehehhee... aku rasa semua orang ada cerita lain yg tak nak dikongsi oleh lain...) so tiap perbuatan dan tutur kata kita kena lah jaga jangan ada sampai orang terasa sebab kita juga tidak sempurna.....

activated my blog!!!!!

lama betul x updated..rasanya da bersarang.. bkerawang dan macam2 rawang..try to find some time utk update... ekcelly byk pkara yg ingin d kongsi bsama.Yg psti byk psl pkembangan muqrish...

yehaaa..... muqrish da pun skool.. da pndai menulis.. dsb...

ok.. next entry cerita panjang... mrngantuk daaa


Jun 17, 2011

Penggodam Malaysia Lin Mun Poo Mengaku Bersalah Godam Bank Rizab Amerika

Lin Mun Poo, 32 tahun, yang ditangkap perisik New York kerana menggodam sistem data milik bank cawangan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat serta data milik kontraktor Pentagon (pusat pentadbiran kerajaan Amerika) mengaku bersalah di hadapan Pendakwaraya Amerika di Brooklyn, Loretta Lynch dan Hakim hakim kes berkenaan Dora Irizarry, atas pertuduhan mencuri serta menyalin data sulit berupa 400,000 nombor kad kredit milik rakyat Amerika.


Dia melakukan hal kerana dia mahu menjual nombor-nombor kad kredit tersebut kepada pelanggan-pelanggannya dengan berjumpa di salah sebuah restoran di bandar yang sama (New York).

Lin Mun Poo, yang ditahan 21 Oktober 2010 di Lapangan Terbang John F Kennedy sebaik tiba di New York, disabitkan empat pertuduhan termasuk kesalahan menggodam sistem cawangan bank Rizab Persekutuan Amerika Syarikat di Cleveland, Ohio, dan jika disabitkan boleh dihukum penjara enam setengah tahun hingga lapan tahun.

Kegiatannya adalah menjual nombor kad kredit yang dicurinya itu dengan harga AS$1,000 Dollar Amerika, bersamaa RM3,121 setiap satu. Jika dia berjaya menjual kesemua 400,000 nombor kad kredit tersebut, untung bersih milik Lin Mun Poo adalah berjumlah RM 1,248,400,000, menjadikan dia seorang billionaire muda.

Oleh kerana Lin Mun Poo telah menggodam bank cawangan Rizab persekutuan di Persekutuan di Cleveland, organisasi itu mengalami kerosakan teruk pada sistem komputer mereka, mengakibatkan kos berjumlah ribuan dollar.

Tuduhan lain terhadap Lin Mun Poo adalah kesalahan jenayah kerana menggodam sistem komputer Jabatan Pertahanan Amerika, di mana operasi jabatan itu adalah bersangkut-paut dengan operasi ketenteraan. Dia boleh dituduh sebagai pengganas kerana menyelinap masuk ke dalam data ketenteraan.

Jika Presiden Amerika masa kini adalah George W. Bush dan bukan Barack Obama, entah apa yang akan jadi pada Lin Mun Poo kerana Bush cukup terkenal sebagi anti pengganas. Gambar dan video Lin Mun Poo masih tidak ada di mana-mana laman web pada saat artikel ini ditulis.

** sumber : bharian

May 30, 2011

MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN VERSI NLIZA

haaa.. masak tempoyak versi aku... macam la terror masak.. hahahaha.. versi aku sebab ini adalah versi  orang malas..versi campak2 dan sesuka hati.. huhuh.. so bahan- bahan2nya ialah

bahan A
3 biji bawang merah
1 inci kunyit (tumbuk)
5 biji cilipadi (tumbuk) - aku boh sikit je cz nnti muqrish xleh makan. korang nk pedas.. boh le 50 biji
3 keping lengkuas (dihiris nipis2)
daun kesom seikat
1 batang serai - diketuk
air secukupnya

Bahan B
ikan patin sederhana besar
1 mangkuk kecik tempoyak - kalo nk pekat lagi.. boh le 2 mangkok kecik/ senduk

Cara-cara
( Ini versi aku ye..)
bubuh je semua bahan A diatas kacau sebentar sehingga mendidihTambahkan air lebih kurang dalam 2 senduk. lepas tu masukkan lah ikan tu bersama garam secukup rasa..pastu masukkan tempoyak sikit2. Bila dah mendidih dan ikan agak2 80% masak..masukkan daun kesom dan kacau sedikit2. Tutupkan periuk lebih kurang dalam 15 minit. Kemudian rasa masam dan masinnya.

** Ada orang buat tempoyak masam.. so kalo masam.. boh le gula... kalo tak cukup Sekiranya tempoyak terlalu masam boleh tambah sedikit gula. Kalu terkurang masam blh tambah asam keping. tp rasanya tak payah boh asam le.. mmg masam!!

Kemudian boleh di hidang.. untuk anak dan suami terchenta.... mudah kan??..... Selamat mencuba.....

May 27, 2011

New Collection??????

wahhh.. ini mmg gile... tapi hati tu kuat soh beli jugak... hahahahah jeng jeng...


My hobi..kumpul kasut diteruskan walaupun tak pakai.. hahahhaha tapi aku suka sgt kasut clark ni.. sekali pandang trus rembat.. xleh tangguh2...dah lama aku dok usha kasut clark.. memandangkan rege kat mesia boleh mencecah RM300.takde la ku nk beli.. sekadar menjeling je..tgk2 kat FB ada warga kita kat UK jual online.. skrg tgh offer.. tak pikir pjg trus beli... x srbr sgt neh....oppsss rege???... heheheh RM170 je tau. tak tau le aku kalo aku sendiri yg g sana.. mau sawan aku nyoping... huhuu... Tp mmg gile la aku nih.. bulan lepas da abes RM300 utk kasut shj.. pakainye tidak.. bulan ni beli lagi.. mujur RM170 je.. sepasang.. mujur aje lg sepasang xde size.. kalo tak.. jadi jugak RM369.. ikshhh... hantu btol!!!..

kalo ikutkan habit aku ni membazir..( sedar diri pun..) tp apa salahnye aku memuaskan hati aku dgn berbelanja setelah penat seharian dan bersengkang mata mencari duit. Ape lagi yg aku nak... aku dah ada kereta.. 2 bijik lagi walaupun dua2nya boleh dianggap besi buruk.... Rumah dah ada..walaupun buruk.. takpelah janji ada tempat berteduh.. anak.. suami..kerja tetap.. income sampingan ( hat ni la yg membolehkan aku soping soping dan soping....)

tak sabarnye tunggu kasut dr UK.. huhuh nk beli lagi sepasang utk basahan.. huhu

New Gadget in collection

Finally.... aku dpat bende ni dalam budget aku... sukaaaaa sangat..so takde la tangan aku sampi naik kematu nk gunting kain... sekelip mata Zasssss.... dah siap potong 10 helai...

Inilah dia barangnye.. namanye Electric Cloth Cutter.. atau bahasa melayunye.. Pemotong Kain Elektrik.. Regenye takde la mahal sangat... RM350 jerk.. ini model paling kecik.. dan paling murah. beli kat JP Doshi @ PJ. Pernah tanya kat LSN cheras.. tapi rasanya rezeki aku tak pernah ada kat situ..asyik keluar kosong jer.. mahal siot.. pastu harga langsung xleh kurang... uncle doshi best.. servis tip top.. agaknye tu boleh kekal 56y in bizz...

Eh.. berbalik pada cutter tadi..diameter mata pisau adalah 2inc.. boleh potong kain setebal 12mm.. tebal jugak le...sebelum ni aku beli kat somebody jenis manual..macam ni
tapi aduhai..... selai kain pun blm tentu lepas... beli dah la mahal RM230 skali ngan mat ( pelapik ) pastu xleh pakai.. emm.. utk sedapkan hati...takpe lah still berguna utk keja art.. manalah tau kan...


bende ni semua amat berguna utk aku.. tq my hubby sbb tolong bayarkan...

May 12, 2011

HIDUP INI BAGAI RODA

Hidup ini bagai roda...Kejap di atas.. kejap dbwah... mcm juga bizz.. ada pasang surut..

mesti korang pikir bizz aku da jatuh... no lah.. bizz aku ok.. cuma Mr Asben bizz agak slow lately gara2 cutomer tak bayar kami lebih 100K!!!.  tiap2 bulan takat dpt 30K sekadar cukup bayar overhead dan belanja harian.... masih boleh bertahan... tapi sampai bila.. modal pusingan semakin susut..projek baru sentiasa masuk tapi nk pusing modal pulak masalah.. ni serentak 3 projek baru.. mana nk cekau capital 200K utk beli material... beli material pulak semua COD.  Mr Asben pun makin give up.. dah penat katanya...Kalo dihitung.... Mr Asben full bizz baru 3tahun.. mmg agak perit untuk smpi tahap ini.. Simpanan Cash habis begitu sahaja... tahun pertama bizz mmg cukup2 utk overhead.. kekadang tak cukup.. kena top up dgn simpanan... Tapi mmg dah adat.. sblm terjun ke bidang ini.. kami telah maklum akan risko yg bakal kami tempuh... teruskan lagi utk tahun kedua.. alhamdulillah ada rezeki.. dapatlah kami beli rumah dan langsaikan mana yg patut dan tambah simpanan..tahun ni masuk tahun ke 3.. masih boleh bertahan tapi tak tahu bila... projek sentiasa ada.. tapi payment yang tak masyuukk... huhuu... aku masih boleh bertahan.. tp Mr Asben aku yg mula panas punggung... ye lah .. dia as ketua keluarga mesti risau..takut tak boleh beri kehidupan pada keluarga. Pada aku.. masih tidak ada masalah. Pendapatan aku masih boleh menampung keluarga.. malah aku masih boleh berbelanja mewah tanpa duit Mr Asben.. cuma if Mr Asben tambah.. itu adalah bonus berganda pada aku.. So far Mr Asben masih memberi belanja yang mencukupi.

Mungkin juga Mr Asben aku rasa kekurangan atau bersalah kerana tidak mampu memberi kemewahan dan aku terpaksa berusaha sendiri untuk memiliki setiap brg idaman aku.. Ye lah.. jika sebelum ini dia boleh hidup bermewah semasa makan gaji.. keje 5hari seminggu.. ada masa untuk famili every wknd ( if tak outstation la..).. tp sejak run bizz masa dgn famili limited..tidur x cukup....itu yang membuat dia terfikir untuk kembali bekerja makan gaji.. Tapi aku kata.. dia sendiri selalu sebut.. untuk betul2 suksess.. mungkin ambil masa 10tahun.. mana kekuatan dia??...takkan dah give up. tahun ni br masuk thn ke 3..Perjuangan belum selesai. payment yg ada sekarang masih boleh cover overhead.. so bertahan je lah dulu.. sayang nk lepaskan projek yg bakal masuk.. rugi..

Dalam tgh2 pening lalat.. tiba2.. ada syarikat offer my Asben keje di syarikatnya dengan gaji RM12K sebulan tidak termasuk elaun.Kenderaan disediakan. Waktu kerja fleksibel..Tapi syarikat da bgtau awal2.. dia byk kena outstation round the world.... warrrgggghh itu yg paling tak best aku dengar...

Aku ckp Dulu behenti kerja kenapa???.... pasal selalu kena hantar obersea rite.. kata tak mo tinggalkan famili.
Asben : Abg berenti dulu sbb kena trus dok thailand 3y bukan psl slalu outstation..( mujur tak pergi dulu.. kwn yg ganti tempat dia disambung lagi 2tahun.. jadi 5thn..huhhu )
(emm mula la tu buat2 lupa )
 So ape beza sekarang.. mmg la mula2 kata outstation.. dah tau syarikat ada projek kat India n philipine.. for sure kena stay lama kt sana.. takkan nk berenti pulak.. bizz dah tinggal.. takkan nk mula dr kosong semula.. susah payah kita build up bizz nk tinggalkan camtu...

Aku dah tak mau buat keputusan.. biar dia sendiri yg pikir mana yg lebih baik.. aku mengikut aje..If dia terima pun ok juga.. tak perlu aku nk dengar dia membebel.. syarikat itu gitu gini la.. syarikat ini gini gini la.. tak perlu nk fikir pasal modal lagi...tapi aku kena korban jugak.. kena didik anak sorang2...emm seram jugak dok rumah besar berdua jer.. pindah kondo boleh??.. soh syarikat sewa kondo.. hehehehe
 
Copyright (c) 2010 Aku adalah Aku and Powered by Blogger.