Pages

Oct 17, 2010

Apepe Je..

Lagi sikap orang melayu yang aku tidak paham.... ada la suara2 sundal yg hinggap kat telinga aku..Ada yg memperlekehkan aku..katanya " buat apa bersusah payah menjahit n menjual tudung. Tiap2 bulan dapat gaji.. tak de duit sangat ke. Kata suami Bizzman...kalo aku.. laki dah mampu buat apa keje lagi ".... geram je aku nk balas balik kalo aku jumpa orang2 yg pernah ckp gitu..." Hei.. aku bukan jenis yg menadah hasil orang lain utk kemewahan diri aku laa. biarlah aku berjaya dengan usaha aku.. kalo aku senang pun harta aku".. nnti kang ada pulak yang kata.. "alahh.. yg kaya laki dia.. bukan dia.." tak kira la laki aku support or tidak peduli apa aku.. dah ini dunia aku selagi suami izinkan..kalo  tak takkan la NORJUMA isteri jutawan pun berniaga tudung kecil- kecilan secara online.... emm sblm nk cakap tu pandang2 lah ye.. jangan pandang belakang.. hehhehe....

Kenapa ada dengki ek.. masing2 punya usaha dan masing punya inisiatif lah.... dulu pun ada suara sundal ckp..buat apelah sambung susah2 sambung belajar keje da elok2.. habis belajar pun gaji sekarang dah sama ngan gaji degree...bukan ke mencari ilmu tak kira masa, usia atau tempat. Aku study aku ada rancangan aku sendiri biarpun aku belanja duit poket dekat 15K. Tak semestinya nak makan gaji.. at least aku guna pakai ilmu aku tu utk buat investment lain. so aku dapat 2 gaji sebulan.. heeehee...

Itulah.. bila aku pikir.. naperlah singkat sangat pemikiran pompuan2 melayu terakhir nih...pernah depan mata aku.. dengan pancaindera pendengaran aku... ada ke pompuan ni cakap ".. Kata banyak duit.. kenapa pakai waja je..tak nampak pun BMW depan rumah..rumah pun biasa2 je".. iksh iksh... tuan rumah jemput ke rumah untuk majlis kesyukuran bukan suruh nilai harta yang dia ada...dalam kepala aku apa lagi.. kang aku jemput dtg umah.. kang di jaja rumah aku lagu mano...huhuu..apelah cetek sangat... agaknye dalam kepala dia.. wow pakai BM mesti kaya..mesti laki dia gaji besar, mesti byk duit.... adeh..ado jugak orang lagu tu.. emm ni jenis yg tak bercampur dgn dunia luar. ** mmg ye agaknye..agak je lah... dulu senyap jerk.. menjak mcm jadi OKB kecoh kat opis dok bcerita ( excited la tu )..oo smlm laki aku bawa famili outing mkn2 habis $100.. adeh br 100 ingat 1K..huuhu.. crita g soping brang branded.. beli jam. rege 300... aadeh.. kang aku tunjuk jam bonia aku 800.. hahhahaaa...... lantak la nko asal nko bahagia... tp kalo ye pun dah rasa senang jgn la pandang orang bawah sebelah mate ye... jgn la over sgt... hidup kita ni macam roda.. kejap dok atas kejap dok bawah....

Oct 16, 2010

KENAPA ANAK-ANAK YAHUDI BIJAK PANDAI

Bunyi tajuk macam kita marahkan seolah- olah kita menagungkan dan mengiyakan tajuk diatas. tapi kenyataannya betul dan memang tidak dinafikan buktinya mereka menjadi pelopor dalam pelbagai bidang didunia walaupun ianya diselaputi kekejaman. kenapa?. itu sebab mereka berbangga, angkuh  dan beranggapan mereka adalah bangsa terpilih.

Aku rasa tidak salah jika kita ambil perkara baik untuk diikuti. Seorang pengkaji inggeris telah membuat kajian keatas kaum yahudi kenapa anak2 yahudi bijak. Dia mendapati kaum yahudi mula mendidik bayi mereka sejak dalam kandungan lagi. kesimpulan dari pembacaan aku..
1. Menjadi amalan ibu- ibu mengandung tidak jemu atau letih membuat latihan matematik sehingga melahirkan anak.
2. Menjadi amalan memakan buah badam, kurma dan susu sepanjang mengandung.
3. Tidak makan daging, hanya makan ikan tanpa kepala  dan salad yang digaul dgn badan atau kekacang.Menurutnya kepala ikan mengandungi sejenis kimia yang boleh merosakkan sel otak.( Dalam Islam pun ada larangan memakan kepala ikan )
4. Amalan memakan buah- buahan  sebelum makan nasi atau roti.( ni tak silap amalan Rasulullah ).. amalan ini bagi mengelakkan rasa mengantok.
5. Peringkat pra sekolah mewajibkan  anak mereka belajar piano dan violin. Menurutnya piano dan violin memberi gegaran pada otak untuk meningkatkan IQ dan merangsang otak. Lebih kurang mcm senaman otaklah..
6. peringkat sekolah, mewajibkan sukan memanah, menembak dan berlari. kerana sukan ini memerlukan fokus dan mampu menajamkan minda. ( tak silap aku ..dalam Al-Quran pun ada )

Bila aku fikir.. orang jepun pun bijak.. diorang makan ikan jugak.. aku sepanjang mengandung pun asik mkn ikan jerk.. mmg x mkn daging.. smpi muqrish pun x suka daging.. hanya makan ikan. emm Kena tanya orang yg dah ada anak bijak pandai.. apa amalan mereka selain saranan amalan yang dinyatakan dalam Al-Quran. Aku belum dapat buktikan secara fizikal. Muqrish baru umur 3 tahun..nak kata bijak?.. entahlah.. kena g buat IQ test dulu.. huhhuhu... tapi yg aku perasan walaupun dia mmg jenis lasak, ingatannya mmg cukup kuat. Cepat belajar. cepat tangkap apa yg aku ajar. cukup sekali ajar dia boleh buat. Ini diakui kakak dan sedara2 aku. pernah tinggalkan muqrish dgn kakak dia kata pernah sekali je ajar muqrish main puzzle, then suruh dia buat mmg betul jadi. Umur 3y dah boleh start enjin kereta.. jiran2 aku semua terkejut..Aku terfikir.. sepanjang aku mengandungkan dia.. mase tu aku tgh study dan byk homework calculus... Lecturer aku pun pernah cakap, mase dia tgh buat master, dia tgh pregnan.. skrg anak tu mmg bijak. Harap masinlah mulut kawan2 kuliah aku. yelah sejak usia 1 hari dalam kandungan dah g kuliah..huuu.. aminn..

** Abanhye dah buka mulut masuk tadika nnti nak hantar muqrish kelas PIANO!!..

Oct 14, 2010

JAWATAN KOSONG MAJLIS AGAMA ISLAM WP

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PENGETUA) DG44

2. PEGAWAI TADBIR N41

3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17

4. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17

5. PEMBANTU MAKMAL C17

6. PEMANDU KENDERAAN R3


SYARAT LANTIKAN:


1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PENGETUA) DG44 - 1 KEKOSONGAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T4);atau

(iii) ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T5); atau

(iv) ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T6); atau

(v) ijazah Sarjana Muda Senibina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T8); atau

(vi) ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T10; bagi ijazah Sarjana Muda Perakaunan serta menjadi Ahli Penuh Badan badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan: P1T11; dan Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia: P1T12); DAN

(e)kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(f) keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman di dalam bidang berkenaan sekurang-kurangnya 8 tahun atau mempunyai pengalaman sebagai Pengetua Sekolah.


2. PEGAWAI TADBIR N41 - 1 KEKOSONGAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(d) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(e) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred N41:P1T3); atau

(iii)ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41:P1T4);

DAN

(f) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17 - 3 KEKOSONGAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;DAN;

(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(e) Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas


4. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17 - 1 KEKOSONGAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; ATAU

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau

(iii)Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktifaf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakanyang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

DAN;

(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(e) keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai pengalaman dalam menguruskan bidang kewangan.


5. PEMBANTU MAKMAL C17 - 1 KEKOSONGAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peringkat peperiksaan tersebut;DAN

(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


6. PEMANDU KENDERAAN R3 - 1 KEKOSONGAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(c) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peringkat peperiksaan tersebut;DAN

(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


CARA MEMOHON:

i. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan MAIWP/BKP/BP/08 yang boleh diperolehi dengan melayari laman web di  http://www.maiwp.gov.my/ dan juga boleh didapati sendiri di Bahagian Khidmat Pengurusan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Aras 10, Bangunan PERKIM, No.150, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.

ii.Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang telah disahkan seperti berikut:-

a. Ijazah/Diploma/Sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan, sijil berhenti sekolah dan sijil kelahiran.

b. Transkrip keputusan semua semester bagi calon-calon yang mendapat kelayakan ijazah dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan yang mengandungi CGPA. Transkrip yang tidak menyatakan CGPA tidak akan diterima.


iii.Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, Badan berkanun atau kuasa tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan penilaian prestasi tahun 2009 disertakan bersama.

iv. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan disudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON.


UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN:

Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun;



TARAF JAWATAN : Kontrak



ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP :
Ketua Pegawai Eksekutif,

Majlis Agama Islam Wilayah

Persekutuan (MAIWP),

Aras 10, Bangunan PERKIM

No. 150, Jalan Ipoh

51200 KUALA LUMPUR


SEBELUM ATAU PADA : 22 OKTOBER 2010

Maklumat lanjut   http://www.maiwp.gov.my/

Oct 12, 2010

PEMBENTANGAN BUDGET 2011

Lepas solat zohor tiba-tiba pulak aku teringat pasal budget 2011 pada 15 Oktober 2010.

Pembentangan budget setiap tahun sudah pasti hari yang paling dinanti2kan dan menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia..Sudah tentu menanti pelabagai insentif2 yg bakal diterima. Bagi aku kakitangan gomen sudah tentu bonus 2 bulan gaji utu yang aku dambakan. Khabarnya kerajaan akan pertimbangankan permohonan cuepac.

Kalo pihak swasta pula sudah pasti pengurangan cukai2 korporat yang dinantikan.. Pada masa yang sama aku juga mengharapkan kerajaan memberi lebih insentif  dalam bidang automotif sejajar dengan harapan negara untuk menjadikan malaysia sebagai negara pengeluar automatif kedua serta menggalakkan penghasilan kereta jenis hybrid yang lebih mesra alam. Bukan aku nak beli tapi dengan isentif ini secara tak langsung bizz Mr Asben aku mashuukkkk......

Berbalik kepada ganjaran kepada kakitangan awam.... as govt servant sure la hati gumbira jika ada kenaikan gaji ada bonus.. tp apa yang bermain dikepala aku setiap tahun ialah..." kesiannya kepada golongan berpendapatan rendah bukan kerajaan serta golongan2 miskin lain".  Harapan kerajaan dengan pemberian bonus atau kenaikan gaji dapat meningkatkan taraf hidup rakyat.. tapi bagi aku takde bezanya.. gaji naik.. SEMUA HARGA BARANG PUN NAIK!!!!... macammana golongan2 sederhana dan rendah nak naikkan taraf hidup diorang????....bukan takat barang keperluan... semua barang lah..... rumah pun naik harga gila2.... ( mujur aku dah beli rumah murah mampu milik atas tanah.. huhuu )... fikir- fikirlah.. harap pembentangan kali ini ada perubahan positif yang dapat dirasai oleh semua warga Malaysia.... kita tungguuuuu 15 oktober 2010..

Oct 3, 2010

RESEPI KUAH KACANG

Macam tak percaya pulak aku nak mulakan entry resepi...hahhaahaa macam pandai sangat.. apapun ini je yg mampu aku kongsikan bersama rakan2... tp lupa plak nak snap pic.. lenkali ek.. hihhi..oklah my 1st entry is Kuah Kacang sedap dimakan bersama satay or nasi impit. Mana2 resepi pun sama kot.. myb yg bezakan hanya hasil air tangan seseorang...Resepi ni diturunkan daripada nenek sedara seorang tukang masak kepada kakak. Kakak aku pulak turunkan pada aku mase aku masih bujang.. ( ingat2 lupa dah ni skill masak dah jarang asah.. asik menjait jer..).

KUAH KACANG/NASI HIMPIT/SATAY

Bahan-bahan untuk Kuah kacang
300g kacang tanah disangrai,kisar jangan sampai halus
3 sudu makan gula pasir
3 sudu makan gula merah/melaka/kabung
3 sudu makan asam jawa, bancuh dengan 2-3 cawan air
1 camca garam
1 camca kunyit serbuk
1 cawan santan cair ( selaluya saya x guna santan pun.. )
***Sedikit hirisan daging lembu atau Ayam ( hat ni ubah suai resepi dr tukang masak Kem Askar )

Bahan Dikisar:
2 biji buah keras
1 camca jintan manis }
1 camca jintan putih }digoreng dulu
1 sudu makan ketumbar biji }
1/2  inci Lengkuas
1 inci halia muda
15 batang cili kering
1 sudu makan udang kering ** ( kalo emergency tak bubuh pun xpo )
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2 batang serai (diketuk )
sedikit belacan ( hat ni alternatif. kalo udang kering xde boleh ganti ngan belacan )

Cara Memasak
Panaskan minyak.Tumis bahan kisar sampai wangi. Lepas tu, masukkan air dan air asam jawa.Kemudian, masukkan pula kacang yg dikisar tadi dan juga daging yg dipotong kecil2. Kacau. Letakkan gula merah sedikit untuk mendapatkan warna yg hitam.J ika agak pekat, tambahkan air dan garam secukup rasa. SIAP!!!.. mudah kan?..
 
Copyright (c) 2010 Aku adalah Aku and Powered by Blogger.