Pages

Aug 12, 2010

APE- APE AJE

lama sungguh aku x masuk blog.. bz teramat sangat...walupun kadang2 banyak perkara yangaku nak kongsi dgn rakan2..Takpelah myb lain kali aku tulis...

Entah kena tiba2 aku terpanggil untuk menulis tentang MLM. myb sbb dah ramai sgt yg tag aku pasal networking bizz. aku bukan anti network biz. biz aku juga melibatkan networking biz. Cuma kaedah dan pengurusan berbeza.Tak semua MLM tu tak betul dan haram. Tp kebanyakkannya sekarang rata2 yg join MLM tu sbb diumpan bonus yang lumayan setiap bulan serta kereta mewah... HUH!!! kesian.....Tapi bagi kita dah ada akal dan boleh fikir.. fikir dulu sebelum masuk. kaji dan dalami dulu ilmu satu2 MLM. ini kerana jika kamu join MLM tanpa kamu memahami selok belok produk, ia akan menjadikan biz kamu haram. Mase aku buat assg tentang " MLM dalam pandangan Islam " aku terjumpa artikel ini dari seorang ustaz dan juga pakar muamallat.

Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian. namun begitu, ia mungkin diHARUSKAN jika terdapat penasihat Shariah yang membetulkannya selaras dengan aqad Ju'alah. namun begitu, majoriti syarikat MLM tidak mempunyai pensaihat Syariah untuk membetulkannya, menyebabkan ia kekal di dalam syubhah.
* Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angina tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas briker di atas broker dan seterusnya. Dalam hal berbilangnya rantaian komsiyen broker ini, menurut perbincangan saya bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi. Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya. *

Spt yg saya kata tak semua MLM tu haram. If menepati syarak apa salahnye.....

"jika komsiyen datang dari pihak syarikat atas dasar yang betul seperti jualah dan hibah, ia boleh jadi diharuskan. Namun sekali lagi rukun dan syarat aqad yang betul mesti dipantau oleh penaasihat Syariah yang berkelayakan"
 
Kalo ikutkan banyak lagi penerangan ttg MLM... nak tau detail link bawah ni n faham betul2 jgn fikir pendek.
http://www.zaharuddin.net/content/view/222/72/
 
Copyright (c) 2010 Aku adalah Aku and Powered by Blogger.