Pages

Sep 26, 2010

Percaya atau Tidak

Aku pun tk tau nk cakap apa.. percaya atau tidak. Mr Asben dah dekat sebulan x sihat.. tup2 last week tiba2 mulut x boleh buka ( mcm org kena strok ).. makan pun nasi bubur je... 2 kali g hospital doc kata nothing sume sihat. jantung ok, darah tinggi ok, demam takde..seminggu berlalu,, keadaaan masih x berubah... tup2 harini jiran dok crita dia juga mengalami simpton2 yg sama dgn Mr Asben selama 6 bulan. smpi badan jadi kering.. xleh nk makan, bdn lemah.. sengal2 tulang...pastu dia elok dengan cara kampung. jumpa bomoh!!!!! katany ada orang dengki n hantar something kat dia... so dia suggest Mr Asben cuba berubat kampung sebelum benda tu masuk ke tulang. Mcm tak percaya pulak... kena gak ikhtiar..

aku pn tanya la kat Mr Asben.. abg ada musuh ke?.. sapa yg x puas hati ngan abang...... jawabnya.. entah...tak terfikir sapa yg sanggup buat keje jahat lg khurafat. Cuma dia kata ada saingan dlm perniagaan. Inilah kelemahan org melayu yg tak boleh tgk org lain berjaya....Nak jadi cerita, Mr Asben kata dia ada potong org punya job sbb dia kasi harga lebih murah berbanding kwn dia. so after tu.. job dr syarikat berkenaan Mr Asben yg dapat. so myb org tu x puas hati kot!!!.. wallahuallam..

Sep 8, 2010

PENDAFTARAN SYARIKAT SECARA ONLINE

Kini berlambak- lambak rakan2 menjalankan aktiviti jualan secara online lebih2 lagi dalan Facebook.. bersepah2..termasuk aku la tu..heheheh.. Tahukah anda bahwa walaupun berniaga kecil-kecilan anda harus mendaftar perniagaan anda. Jangan ambil mudah. Dan teguran telah dibuat oleh bapak menteri kita tentang ini. Sekarang sudah tiada alasan untuk kwan2 utk tidak mendaftar syarikat. Kini ada cara mudah untuk membuat pendaftaran syraikat secara online... waaa.... sekarang semua dihujung jari.  Mari kita berkongsi ilmu.

1. Anda di kehendaki mempunyai alamat e-mel. Mudah bukan?


2. Anda di kehendaki mendaftar sebagai ahli di portal mygovernment : http://www.gov.my/

3. Seterusnya mendaftar sebagai ‘SSM Subscriber Registration’ sekiranya hendak mengerahkan borang pendaftaran: www.gov.my . Di sana anda akan di tunjukkan link ke website www.ssm.com.my untuk tujuan pendaftaran sebagai ‘SSM Subscriber’. Sila pilih icon e-lodgement. Caj RM5 dikenakan.
4. Bayaran boleh di buat secara kad kredit, debit langsung dan pre paid. Bagi bayaran secara debit langsung anda hendaklah mempunyai akaun di salah satu bank berikut : MAYBANK / BANK ISLAM / HONG LEONG / PUBLIC BANK DAN CIMB. Tiada bayaran tambahan bagi urusniaga yang dibuat.

Jika melibatkan bayaran secara prabayar (prepaid) sila daftar di Kaunter SSM Tingkat 2 atau Tingkat

13. (Langkah 1 dan 2 di atas mesti di patuhi terlebih dahulu)

Bayaran minima permulaan ialah RM 60.00 (untuk urusan yang berkaitan dengan pendaftaran perniagaan).

5. Sila ikuti arahan yang tertera di skrin mengikut transaksi yang di kehendaki bagi Pendaftaran Perniagaan secara online iaitu:
* Carian Nama (Borang PNA 42)

* Pendaftaran Baru (Borang A)

* Pendaftaran Perubahan (Borang B1, B2, B3 dan B4)

* Pembaharuan Perniagaan (Broang A1)

* Penamatan Perniagaan (Borang C)

Pastikan anda telah selesai mendaftar sebagai pelanggan SSM seperti langkah 3. Kemudian, barulah anda boleh teruskan dengan carian nama. Bagi Pendaftaran Perniagaan (ROB) seperti enterprise, anda boleh buat carian nama dahulu dengan klik pada page SSM E-Lodgment : “Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan (ROB)”.

6. Ikuti arahannya yang mudah sahaja dan straight forward. Isikan borang tersebut dan berikan nama perniagaan anda mengikut peraturan nama perniagaan yang ditetapkan oleh SSM (ada dalam borang tersebut).

7. Seterusnya, pada bahagian “Jenis Perniagaan Yang Dijalankan” atau “Nature of Business”, isikan bentuk perniagaan yang dijalankan. Sekiranya anda menjual produk fizikal/digital, boleh tuliskan sebagai “Trading” (tak perlu tulis secara terperinci buat masa ini). Sekiranya bentuk perkhidmatan, boleh tuliskan jenis perkhidmatan yang dijalankan seperti “Membaiki kereta” dan sebagainya.

8. Setelah anda submit borang kelulusan nama perniagaan, tunggu email seterusnya daripada SSM, biasanya akan ambil masa kurang dari 12 jam. Pastikan anda periksa SPAM folder anda

9. Sekiranya diluluskan anda boleh teruskan dengan “Pendaftaran Perniagaan Dalam Talian (ROB) ” pada menu E-Lodgement tersebut. Dapatkan nombor rujukan kelulusan nama perniagaan (Approval Name No.) dalam email yang diterima untuk mendaftar perniagaan anda.

10. Pada bahagian “Jenis Perniagaan yang Dijalankan” Gunakan butang search untuk anda memilih jenis perniagaan anda. Sekiranya anda menjalankan perniagaan menjual produk digital (Internet Marketer), mungkin anda boleh buat carian keyword “Information”. Tak perlu terlalu spesifik dengan perniagaan yang anda lakukan.

11. Setelah selesai isi, buat bayaran dengan kredit kad ataupun bayaran secara pre-paid dan hantar borang tersebut. Notis memaklumkan pendaftaran perniagaan akan dimaklumkan menerusi e-mel. Memang benar setelah urusan pencarian nama atau pendaftaran perniagaan selesai dalam tempoh tidak sampai 12 jam, keesokan harinya perncarian nama saya telah berjaya dan diluluskan. Seterusnya dalam tempoh 1 jam urusan Pendaftaran Perniagaan secara online saya telah selesai dan berjaya! Semuanya hanya berhubung melalui e-mel!

12. Seterusnya perkhidmatan bagi mendapatkan cetakan maklumat perniagaan boleh anda perolehi menerusi e-Info dengan melayari semula laman web www.ssm.com.my atau terus ke Kaunter No 3 dan 4 di Tingkat 13, Suruhanya Syarikat malaysia, The Mall. Ketika ini saya hanya perlu membuat cetak Pendaftaran Perniagaan saya di atas kertas A4i dan bolehlah dipaparkan di dinding di depan komputer peribadi saya! Alhamdulillah.


GUD LUCK!
 
Copyright (c) 2010 Aku adalah Aku and Powered by Blogger.