Pages

Jun 17, 2011

Penggodam Malaysia Lin Mun Poo Mengaku Bersalah Godam Bank Rizab Amerika

Lin Mun Poo, 32 tahun, yang ditangkap perisik New York kerana menggodam sistem data milik bank cawangan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat serta data milik kontraktor Pentagon (pusat pentadbiran kerajaan Amerika) mengaku bersalah di hadapan Pendakwaraya Amerika di Brooklyn, Loretta Lynch dan Hakim hakim kes berkenaan Dora Irizarry, atas pertuduhan mencuri serta menyalin data sulit berupa 400,000 nombor kad kredit milik rakyat Amerika.


Dia melakukan hal kerana dia mahu menjual nombor-nombor kad kredit tersebut kepada pelanggan-pelanggannya dengan berjumpa di salah sebuah restoran di bandar yang sama (New York).

Lin Mun Poo, yang ditahan 21 Oktober 2010 di Lapangan Terbang John F Kennedy sebaik tiba di New York, disabitkan empat pertuduhan termasuk kesalahan menggodam sistem cawangan bank Rizab Persekutuan Amerika Syarikat di Cleveland, Ohio, dan jika disabitkan boleh dihukum penjara enam setengah tahun hingga lapan tahun.

Kegiatannya adalah menjual nombor kad kredit yang dicurinya itu dengan harga AS$1,000 Dollar Amerika, bersamaa RM3,121 setiap satu. Jika dia berjaya menjual kesemua 400,000 nombor kad kredit tersebut, untung bersih milik Lin Mun Poo adalah berjumlah RM 1,248,400,000, menjadikan dia seorang billionaire muda.

Oleh kerana Lin Mun Poo telah menggodam bank cawangan Rizab persekutuan di Persekutuan di Cleveland, organisasi itu mengalami kerosakan teruk pada sistem komputer mereka, mengakibatkan kos berjumlah ribuan dollar.

Tuduhan lain terhadap Lin Mun Poo adalah kesalahan jenayah kerana menggodam sistem komputer Jabatan Pertahanan Amerika, di mana operasi jabatan itu adalah bersangkut-paut dengan operasi ketenteraan. Dia boleh dituduh sebagai pengganas kerana menyelinap masuk ke dalam data ketenteraan.

Jika Presiden Amerika masa kini adalah George W. Bush dan bukan Barack Obama, entah apa yang akan jadi pada Lin Mun Poo kerana Bush cukup terkenal sebagi anti pengganas. Gambar dan video Lin Mun Poo masih tidak ada di mana-mana laman web pada saat artikel ini ditulis.

** sumber : bharian
 
Copyright (c) 2010 Aku adalah Aku and Powered by Blogger.