Pages

Oct 14, 2010

JAWATAN KOSONG MAJLIS AGAMA ISLAM WP

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PENGETUA) DG44

2. PEGAWAI TADBIR N41

3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17

4. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17

5. PEMBANTU MAKMAL C17

6. PEMANDU KENDERAAN R3


SYARAT LANTIKAN:


1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PENGETUA) DG44 - 1 KEKOSONGAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T4);atau

(iii) ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T5); atau

(iv) ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T6); atau

(v) ijazah Sarjana Muda Senibina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T8); atau

(vi) ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T10; bagi ijazah Sarjana Muda Perakaunan serta menjadi Ahli Penuh Badan badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan: P1T11; dan Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia: P1T12); DAN

(e)kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(f) keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman di dalam bidang berkenaan sekurang-kurangnya 8 tahun atau mempunyai pengalaman sebagai Pengetua Sekolah.


2. PEGAWAI TADBIR N41 - 1 KEKOSONGAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(d) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(e) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred N41:P1T3); atau

(iii)ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41:P1T4);

DAN

(f) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17 - 3 KEKOSONGAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;DAN;

(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(e) Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas


4. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17 - 1 KEKOSONGAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; ATAU

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau

(iii)Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktifaf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakanyang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

DAN;

(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(e) keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai pengalaman dalam menguruskan bidang kewangan.


5. PEMBANTU MAKMAL C17 - 1 KEKOSONGAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peringkat peperiksaan tersebut;DAN

(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


6. PEMANDU KENDERAAN R3 - 1 KEKOSONGAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(c) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peringkat peperiksaan tersebut;DAN

(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


CARA MEMOHON:

i. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan MAIWP/BKP/BP/08 yang boleh diperolehi dengan melayari laman web di  http://www.maiwp.gov.my/ dan juga boleh didapati sendiri di Bahagian Khidmat Pengurusan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Aras 10, Bangunan PERKIM, No.150, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.

ii.Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang telah disahkan seperti berikut:-

a. Ijazah/Diploma/Sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan, sijil berhenti sekolah dan sijil kelahiran.

b. Transkrip keputusan semua semester bagi calon-calon yang mendapat kelayakan ijazah dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan yang mengandungi CGPA. Transkrip yang tidak menyatakan CGPA tidak akan diterima.


iii.Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, Badan berkanun atau kuasa tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan penilaian prestasi tahun 2009 disertakan bersama.

iv. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan disudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON.


UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN:

Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun;



TARAF JAWATAN : Kontrak



ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP :
Ketua Pegawai Eksekutif,

Majlis Agama Islam Wilayah

Persekutuan (MAIWP),

Aras 10, Bangunan PERKIM

No. 150, Jalan Ipoh

51200 KUALA LUMPUR


SEBELUM ATAU PADA : 22 OKTOBER 2010

Maklumat lanjut   http://www.maiwp.gov.my/

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 Aku adalah Aku and Powered by Blogger.