Pages

Nov 7, 2010

Muqrish oh Muqrish

Harini nk cite psl anak bujang aku yg sorang neh plak...


Harini walaupun aku tak berjaya juga menyiapkan tempahan customer..( kira gagal la.. kalo tender sure aku kena penalti ).. tapi seronok. Alahai ruginya... aku tak rakam video tiap aksi n perbuatan muqrish...mulanya pikir jugak.. tp kalo dia tgk video sure perbuatan dia terbantut sbb dia plak nk rakam aku!!!.. hahahha..


Kekadang aku terfikir betapa ruginya aku sebelum ini..terlalu sibuk mengejar impian hingga aku terlepas saat2 manis perubahan dan perkara2 yg baru muqrish pelajari... huhuhu..... Lepas aidilfitri aku byk masa dgn muqrish.muqrish pun nmpak happy n dia sudah faham apa itu tidak, jangan, boleh tak boleh dan macam2 perkara yg tak tercapai akalku... Aku masih anggap dia baby.. tanpa aku sedar.. dia dah pun 3y 6bulan. dah cerdik. Ada beberapa perkara yg betul2 membuat aku teruja..


1. Dia boleh pasang bateri remote ke..kereta mainan dia ke.kamera ke... ape2 jelah yg guna bateri akaline 2-4 biji. Yg mengujakan aku cara dia masukkan bateri ke dalam tmpat bateri, tolak side yg ada spring dulu br side rata..( aku pun lupa mana (+) mana (-). Tiap kali dia pasang bateri mcm dia tahu mana yg perlu masukkan dulu, mana positif n negatif dan menjadi.. aku sendiri terkial2.. tgk mana positif n negatif..was surprise!!!!


2. 2 hari lps.. dia jumpa manual book kipas 3 bilah. kipas tu hanya ada kt bilik tingkat bawah n 2 bilik tido kt atas. Lagaknye mcm engineer/arkitek baca drawing kejap tgk buku kejap dongak tgk kipas..mula2 tgk kt hall.. 2kali dongak..dia ckp " tak sama".. ( sbb hall kaler silver 5 bilah )then berlari naik atas.bilik no2...aksi yg sama.. 2 kali dongak n tgk buku..baru dia ckp " ibu.. sama laa..."..pastu masuk bilik no 3.. aksi serupa..smbil tunjuk kipas n buku pd aku..dia ckp.." ibu..sama juga laahh".. (perkataan laah mesti ada )... aku ingat habis smpi situ je... eh berlari semula ke bawah masuk bilik menjait aku...dgn spontan.." ibu sama laa"... huuu.. tgk muka dia happy jer sbb jumpa penyelesaian.. bila aku cakap.. "Pannndaaii anak ibu".. dia mesti jawab.." yeshh.. muqrish da pandaaiii....gi me pai (give me 5.. ini rasanya blaja kat taska ).." smbil tunjuk tapak tgn soh aku give 5...


3. Harini pulak..dia jumpa manual book remote tv kat hall( beli remote baru sbb remote lama muqrish dah hancurkan ).. aku n abahnye saje nk uji dia.. dia kenal or tidak.. kami bagi dia remote tv bedroom kami..aksi sama kejap tgk manual..kejap tgk remote..lastly dia ckp.." ibu salah la.. bukan bukan..".. kami bg remote dvd..spontan dia jwb " tak sama".... lastly dia amik remote tv dr tgn abahnye... dgn muke happy.. yee.. ibu sama la.... kami uji lagi... kami soh dia tunjukkan button pd manual book apa yg kami tunjuk pd real remote.. dgn penuh konfiden dia tunjuk button yg betul pd kami..ada lebih 20 button.. semuanya TEPAT!!!!.. kami uji lagi.. tunjukkan button remote dvd.. yg kesian dgn muka kompius.. dia mencari dlm manual book x jumpa.yg kelakarnya dia mencari smbil jari menuruti nombor2 dan simbol yg ada dlm manual book..dan dengan muka kompius dia jawab " ibu dah hilang!!"... hahhahaha


tak habis situ.. sbb mood dia tgh baik n excited... kami cuba lagi suruh dia tunjuk no 1 hingga 10... surprise..... dia tunjuk no yg tepat n penuh konfiden!!!!.... alahai... anak ibu... kenapalah ibu lambat tahu kamu dah tau semua tu..... selesai sesi tadi.. dia simpan manual n berlari peluk aku... seperti biasa tiap kali dia buat sesuatu yg betul aku akan sebut.. "pandai anak ibu.".. or " ank ibu mmg pandai..."... yg kompom jawapan dia... "yeaaahhhh muqrish da pandai...." smbil tepuk tngan or gi me pai.... hahhahaa

Oct 17, 2010

Apepe Je..

Lagi sikap orang melayu yang aku tidak paham.... ada la suara2 sundal yg hinggap kat telinga aku..Ada yg memperlekehkan aku..katanya " buat apa bersusah payah menjahit n menjual tudung. Tiap2 bulan dapat gaji.. tak de duit sangat ke. Kata suami Bizzman...kalo aku.. laki dah mampu buat apa keje lagi ".... geram je aku nk balas balik kalo aku jumpa orang2 yg pernah ckp gitu..." Hei.. aku bukan jenis yg menadah hasil orang lain utk kemewahan diri aku laa. biarlah aku berjaya dengan usaha aku.. kalo aku senang pun harta aku".. nnti kang ada pulak yang kata.. "alahh.. yg kaya laki dia.. bukan dia.." tak kira la laki aku support or tidak peduli apa aku.. dah ini dunia aku selagi suami izinkan..kalo  tak takkan la NORJUMA isteri jutawan pun berniaga tudung kecil- kecilan secara online.... emm sblm nk cakap tu pandang2 lah ye.. jangan pandang belakang.. hehhehe....

Kenapa ada dengki ek.. masing2 punya usaha dan masing punya inisiatif lah.... dulu pun ada suara sundal ckp..buat apelah sambung susah2 sambung belajar keje da elok2.. habis belajar pun gaji sekarang dah sama ngan gaji degree...bukan ke mencari ilmu tak kira masa, usia atau tempat. Aku study aku ada rancangan aku sendiri biarpun aku belanja duit poket dekat 15K. Tak semestinya nak makan gaji.. at least aku guna pakai ilmu aku tu utk buat investment lain. so aku dapat 2 gaji sebulan.. heeehee...

Itulah.. bila aku pikir.. naperlah singkat sangat pemikiran pompuan2 melayu terakhir nih...pernah depan mata aku.. dengan pancaindera pendengaran aku... ada ke pompuan ni cakap ".. Kata banyak duit.. kenapa pakai waja je..tak nampak pun BMW depan rumah..rumah pun biasa2 je".. iksh iksh... tuan rumah jemput ke rumah untuk majlis kesyukuran bukan suruh nilai harta yang dia ada...dalam kepala aku apa lagi.. kang aku jemput dtg umah.. kang di jaja rumah aku lagu mano...huhuu..apelah cetek sangat... agaknye dalam kepala dia.. wow pakai BM mesti kaya..mesti laki dia gaji besar, mesti byk duit.... adeh..ado jugak orang lagu tu.. emm ni jenis yg tak bercampur dgn dunia luar. ** mmg ye agaknye..agak je lah... dulu senyap jerk.. menjak mcm jadi OKB kecoh kat opis dok bcerita ( excited la tu )..oo smlm laki aku bawa famili outing mkn2 habis $100.. adeh br 100 ingat 1K..huuhu.. crita g soping brang branded.. beli jam. rege 300... aadeh.. kang aku tunjuk jam bonia aku 800.. hahhahaaa...... lantak la nko asal nko bahagia... tp kalo ye pun dah rasa senang jgn la pandang orang bawah sebelah mate ye... jgn la over sgt... hidup kita ni macam roda.. kejap dok atas kejap dok bawah....

Oct 16, 2010

KENAPA ANAK-ANAK YAHUDI BIJAK PANDAI

Bunyi tajuk macam kita marahkan seolah- olah kita menagungkan dan mengiyakan tajuk diatas. tapi kenyataannya betul dan memang tidak dinafikan buktinya mereka menjadi pelopor dalam pelbagai bidang didunia walaupun ianya diselaputi kekejaman. kenapa?. itu sebab mereka berbangga, angkuh  dan beranggapan mereka adalah bangsa terpilih.

Aku rasa tidak salah jika kita ambil perkara baik untuk diikuti. Seorang pengkaji inggeris telah membuat kajian keatas kaum yahudi kenapa anak2 yahudi bijak. Dia mendapati kaum yahudi mula mendidik bayi mereka sejak dalam kandungan lagi. kesimpulan dari pembacaan aku..
1. Menjadi amalan ibu- ibu mengandung tidak jemu atau letih membuat latihan matematik sehingga melahirkan anak.
2. Menjadi amalan memakan buah badam, kurma dan susu sepanjang mengandung.
3. Tidak makan daging, hanya makan ikan tanpa kepala  dan salad yang digaul dgn badan atau kekacang.Menurutnya kepala ikan mengandungi sejenis kimia yang boleh merosakkan sel otak.( Dalam Islam pun ada larangan memakan kepala ikan )
4. Amalan memakan buah- buahan  sebelum makan nasi atau roti.( ni tak silap amalan Rasulullah ).. amalan ini bagi mengelakkan rasa mengantok.
5. Peringkat pra sekolah mewajibkan  anak mereka belajar piano dan violin. Menurutnya piano dan violin memberi gegaran pada otak untuk meningkatkan IQ dan merangsang otak. Lebih kurang mcm senaman otaklah..
6. peringkat sekolah, mewajibkan sukan memanah, menembak dan berlari. kerana sukan ini memerlukan fokus dan mampu menajamkan minda. ( tak silap aku ..dalam Al-Quran pun ada )

Bila aku fikir.. orang jepun pun bijak.. diorang makan ikan jugak.. aku sepanjang mengandung pun asik mkn ikan jerk.. mmg x mkn daging.. smpi muqrish pun x suka daging.. hanya makan ikan. emm Kena tanya orang yg dah ada anak bijak pandai.. apa amalan mereka selain saranan amalan yang dinyatakan dalam Al-Quran. Aku belum dapat buktikan secara fizikal. Muqrish baru umur 3 tahun..nak kata bijak?.. entahlah.. kena g buat IQ test dulu.. huhhuhu... tapi yg aku perasan walaupun dia mmg jenis lasak, ingatannya mmg cukup kuat. Cepat belajar. cepat tangkap apa yg aku ajar. cukup sekali ajar dia boleh buat. Ini diakui kakak dan sedara2 aku. pernah tinggalkan muqrish dgn kakak dia kata pernah sekali je ajar muqrish main puzzle, then suruh dia buat mmg betul jadi. Umur 3y dah boleh start enjin kereta.. jiran2 aku semua terkejut..Aku terfikir.. sepanjang aku mengandungkan dia.. mase tu aku tgh study dan byk homework calculus... Lecturer aku pun pernah cakap, mase dia tgh buat master, dia tgh pregnan.. skrg anak tu mmg bijak. Harap masinlah mulut kawan2 kuliah aku. yelah sejak usia 1 hari dalam kandungan dah g kuliah..huuu.. aminn..

** Abanhye dah buka mulut masuk tadika nnti nak hantar muqrish kelas PIANO!!..

Oct 14, 2010

JAWATAN KOSONG MAJLIS AGAMA ISLAM WP

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PENGETUA) DG44

2. PEGAWAI TADBIR N41

3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17

4. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17

5. PEMBANTU MAKMAL C17

6. PEMANDU KENDERAAN R3


SYARAT LANTIKAN:


1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PENGETUA) DG44 - 1 KEKOSONGAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T4);atau

(iii) ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T5); atau

(iv) ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T6); atau

(v) ijazah Sarjana Muda Senibina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T8); atau

(vi) ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T10; bagi ijazah Sarjana Muda Perakaunan serta menjadi Ahli Penuh Badan badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan: P1T11; dan Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia: P1T12); DAN

(e)kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(f) keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman di dalam bidang berkenaan sekurang-kurangnya 8 tahun atau mempunyai pengalaman sebagai Pengetua Sekolah.


2. PEGAWAI TADBIR N41 - 1 KEKOSONGAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(d) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(e) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred N41:P1T3); atau

(iii)ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41:P1T4);

DAN

(f) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17 - 3 KEKOSONGAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;DAN;

(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(e) Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas


4. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17 - 1 KEKOSONGAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; ATAU

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau

(iii)Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktifaf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakanyang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

DAN;

(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(e) keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai pengalaman dalam menguruskan bidang kewangan.


5. PEMBANTU MAKMAL C17 - 1 KEKOSONGAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peringkat peperiksaan tersebut;DAN

(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


6. PEMANDU KENDERAAN R3 - 1 KEKOSONGAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(c) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peringkat peperiksaan tersebut;DAN

(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


CARA MEMOHON:

i. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan MAIWP/BKP/BP/08 yang boleh diperolehi dengan melayari laman web di  http://www.maiwp.gov.my/ dan juga boleh didapati sendiri di Bahagian Khidmat Pengurusan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Aras 10, Bangunan PERKIM, No.150, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.

ii.Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang telah disahkan seperti berikut:-

a. Ijazah/Diploma/Sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan, sijil berhenti sekolah dan sijil kelahiran.

b. Transkrip keputusan semua semester bagi calon-calon yang mendapat kelayakan ijazah dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan yang mengandungi CGPA. Transkrip yang tidak menyatakan CGPA tidak akan diterima.


iii.Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, Badan berkanun atau kuasa tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan penilaian prestasi tahun 2009 disertakan bersama.

iv. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan disudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON.


UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN:

Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun;



TARAF JAWATAN : Kontrak



ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP :
Ketua Pegawai Eksekutif,

Majlis Agama Islam Wilayah

Persekutuan (MAIWP),

Aras 10, Bangunan PERKIM

No. 150, Jalan Ipoh

51200 KUALA LUMPUR


SEBELUM ATAU PADA : 22 OKTOBER 2010

Maklumat lanjut   http://www.maiwp.gov.my/

Oct 12, 2010

PEMBENTANGAN BUDGET 2011

Lepas solat zohor tiba-tiba pulak aku teringat pasal budget 2011 pada 15 Oktober 2010.

Pembentangan budget setiap tahun sudah pasti hari yang paling dinanti2kan dan menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia..Sudah tentu menanti pelabagai insentif2 yg bakal diterima. Bagi aku kakitangan gomen sudah tentu bonus 2 bulan gaji utu yang aku dambakan. Khabarnya kerajaan akan pertimbangankan permohonan cuepac.

Kalo pihak swasta pula sudah pasti pengurangan cukai2 korporat yang dinantikan.. Pada masa yang sama aku juga mengharapkan kerajaan memberi lebih insentif  dalam bidang automotif sejajar dengan harapan negara untuk menjadikan malaysia sebagai negara pengeluar automatif kedua serta menggalakkan penghasilan kereta jenis hybrid yang lebih mesra alam. Bukan aku nak beli tapi dengan isentif ini secara tak langsung bizz Mr Asben aku mashuukkkk......

Berbalik kepada ganjaran kepada kakitangan awam.... as govt servant sure la hati gumbira jika ada kenaikan gaji ada bonus.. tp apa yang bermain dikepala aku setiap tahun ialah..." kesiannya kepada golongan berpendapatan rendah bukan kerajaan serta golongan2 miskin lain".  Harapan kerajaan dengan pemberian bonus atau kenaikan gaji dapat meningkatkan taraf hidup rakyat.. tapi bagi aku takde bezanya.. gaji naik.. SEMUA HARGA BARANG PUN NAIK!!!!... macammana golongan2 sederhana dan rendah nak naikkan taraf hidup diorang????....bukan takat barang keperluan... semua barang lah..... rumah pun naik harga gila2.... ( mujur aku dah beli rumah murah mampu milik atas tanah.. huhuu )... fikir- fikirlah.. harap pembentangan kali ini ada perubahan positif yang dapat dirasai oleh semua warga Malaysia.... kita tungguuuuu 15 oktober 2010..

Oct 3, 2010

RESEPI KUAH KACANG

Macam tak percaya pulak aku nak mulakan entry resepi...hahhaahaa macam pandai sangat.. apapun ini je yg mampu aku kongsikan bersama rakan2... tp lupa plak nak snap pic.. lenkali ek.. hihhi..oklah my 1st entry is Kuah Kacang sedap dimakan bersama satay or nasi impit. Mana2 resepi pun sama kot.. myb yg bezakan hanya hasil air tangan seseorang...Resepi ni diturunkan daripada nenek sedara seorang tukang masak kepada kakak. Kakak aku pulak turunkan pada aku mase aku masih bujang.. ( ingat2 lupa dah ni skill masak dah jarang asah.. asik menjait jer..).

KUAH KACANG/NASI HIMPIT/SATAY

Bahan-bahan untuk Kuah kacang
300g kacang tanah disangrai,kisar jangan sampai halus
3 sudu makan gula pasir
3 sudu makan gula merah/melaka/kabung
3 sudu makan asam jawa, bancuh dengan 2-3 cawan air
1 camca garam
1 camca kunyit serbuk
1 cawan santan cair ( selaluya saya x guna santan pun.. )
***Sedikit hirisan daging lembu atau Ayam ( hat ni ubah suai resepi dr tukang masak Kem Askar )

Bahan Dikisar:
2 biji buah keras
1 camca jintan manis }
1 camca jintan putih }digoreng dulu
1 sudu makan ketumbar biji }
1/2  inci Lengkuas
1 inci halia muda
15 batang cili kering
1 sudu makan udang kering ** ( kalo emergency tak bubuh pun xpo )
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2 batang serai (diketuk )
sedikit belacan ( hat ni alternatif. kalo udang kering xde boleh ganti ngan belacan )

Cara Memasak
Panaskan minyak.Tumis bahan kisar sampai wangi. Lepas tu, masukkan air dan air asam jawa.Kemudian, masukkan pula kacang yg dikisar tadi dan juga daging yg dipotong kecil2. Kacau. Letakkan gula merah sedikit untuk mendapatkan warna yg hitam.J ika agak pekat, tambahkan air dan garam secukup rasa. SIAP!!!.. mudah kan?..

Sep 26, 2010

Percaya atau Tidak

Aku pun tk tau nk cakap apa.. percaya atau tidak. Mr Asben dah dekat sebulan x sihat.. tup2 last week tiba2 mulut x boleh buka ( mcm org kena strok ).. makan pun nasi bubur je... 2 kali g hospital doc kata nothing sume sihat. jantung ok, darah tinggi ok, demam takde..seminggu berlalu,, keadaaan masih x berubah... tup2 harini jiran dok crita dia juga mengalami simpton2 yg sama dgn Mr Asben selama 6 bulan. smpi badan jadi kering.. xleh nk makan, bdn lemah.. sengal2 tulang...pastu dia elok dengan cara kampung. jumpa bomoh!!!!! katany ada orang dengki n hantar something kat dia... so dia suggest Mr Asben cuba berubat kampung sebelum benda tu masuk ke tulang. Mcm tak percaya pulak... kena gak ikhtiar..

aku pn tanya la kat Mr Asben.. abg ada musuh ke?.. sapa yg x puas hati ngan abang...... jawabnya.. entah...tak terfikir sapa yg sanggup buat keje jahat lg khurafat. Cuma dia kata ada saingan dlm perniagaan. Inilah kelemahan org melayu yg tak boleh tgk org lain berjaya....Nak jadi cerita, Mr Asben kata dia ada potong org punya job sbb dia kasi harga lebih murah berbanding kwn dia. so after tu.. job dr syarikat berkenaan Mr Asben yg dapat. so myb org tu x puas hati kot!!!.. wallahuallam..

Sep 8, 2010

PENDAFTARAN SYARIKAT SECARA ONLINE

Kini berlambak- lambak rakan2 menjalankan aktiviti jualan secara online lebih2 lagi dalan Facebook.. bersepah2..termasuk aku la tu..heheheh.. Tahukah anda bahwa walaupun berniaga kecil-kecilan anda harus mendaftar perniagaan anda. Jangan ambil mudah. Dan teguran telah dibuat oleh bapak menteri kita tentang ini. Sekarang sudah tiada alasan untuk kwan2 utk tidak mendaftar syarikat. Kini ada cara mudah untuk membuat pendaftaran syraikat secara online... waaa.... sekarang semua dihujung jari.  Mari kita berkongsi ilmu.

1. Anda di kehendaki mempunyai alamat e-mel. Mudah bukan?


2. Anda di kehendaki mendaftar sebagai ahli di portal mygovernment : http://www.gov.my/

3. Seterusnya mendaftar sebagai ‘SSM Subscriber Registration’ sekiranya hendak mengerahkan borang pendaftaran: www.gov.my . Di sana anda akan di tunjukkan link ke website www.ssm.com.my untuk tujuan pendaftaran sebagai ‘SSM Subscriber’. Sila pilih icon e-lodgement. Caj RM5 dikenakan.
4. Bayaran boleh di buat secara kad kredit, debit langsung dan pre paid. Bagi bayaran secara debit langsung anda hendaklah mempunyai akaun di salah satu bank berikut : MAYBANK / BANK ISLAM / HONG LEONG / PUBLIC BANK DAN CIMB. Tiada bayaran tambahan bagi urusniaga yang dibuat.

Jika melibatkan bayaran secara prabayar (prepaid) sila daftar di Kaunter SSM Tingkat 2 atau Tingkat

13. (Langkah 1 dan 2 di atas mesti di patuhi terlebih dahulu)

Bayaran minima permulaan ialah RM 60.00 (untuk urusan yang berkaitan dengan pendaftaran perniagaan).

5. Sila ikuti arahan yang tertera di skrin mengikut transaksi yang di kehendaki bagi Pendaftaran Perniagaan secara online iaitu:
* Carian Nama (Borang PNA 42)

* Pendaftaran Baru (Borang A)

* Pendaftaran Perubahan (Borang B1, B2, B3 dan B4)

* Pembaharuan Perniagaan (Broang A1)

* Penamatan Perniagaan (Borang C)

Pastikan anda telah selesai mendaftar sebagai pelanggan SSM seperti langkah 3. Kemudian, barulah anda boleh teruskan dengan carian nama. Bagi Pendaftaran Perniagaan (ROB) seperti enterprise, anda boleh buat carian nama dahulu dengan klik pada page SSM E-Lodgment : “Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan (ROB)”.

6. Ikuti arahannya yang mudah sahaja dan straight forward. Isikan borang tersebut dan berikan nama perniagaan anda mengikut peraturan nama perniagaan yang ditetapkan oleh SSM (ada dalam borang tersebut).

7. Seterusnya, pada bahagian “Jenis Perniagaan Yang Dijalankan” atau “Nature of Business”, isikan bentuk perniagaan yang dijalankan. Sekiranya anda menjual produk fizikal/digital, boleh tuliskan sebagai “Trading” (tak perlu tulis secara terperinci buat masa ini). Sekiranya bentuk perkhidmatan, boleh tuliskan jenis perkhidmatan yang dijalankan seperti “Membaiki kereta” dan sebagainya.

8. Setelah anda submit borang kelulusan nama perniagaan, tunggu email seterusnya daripada SSM, biasanya akan ambil masa kurang dari 12 jam. Pastikan anda periksa SPAM folder anda

9. Sekiranya diluluskan anda boleh teruskan dengan “Pendaftaran Perniagaan Dalam Talian (ROB) ” pada menu E-Lodgement tersebut. Dapatkan nombor rujukan kelulusan nama perniagaan (Approval Name No.) dalam email yang diterima untuk mendaftar perniagaan anda.

10. Pada bahagian “Jenis Perniagaan yang Dijalankan” Gunakan butang search untuk anda memilih jenis perniagaan anda. Sekiranya anda menjalankan perniagaan menjual produk digital (Internet Marketer), mungkin anda boleh buat carian keyword “Information”. Tak perlu terlalu spesifik dengan perniagaan yang anda lakukan.

11. Setelah selesai isi, buat bayaran dengan kredit kad ataupun bayaran secara pre-paid dan hantar borang tersebut. Notis memaklumkan pendaftaran perniagaan akan dimaklumkan menerusi e-mel. Memang benar setelah urusan pencarian nama atau pendaftaran perniagaan selesai dalam tempoh tidak sampai 12 jam, keesokan harinya perncarian nama saya telah berjaya dan diluluskan. Seterusnya dalam tempoh 1 jam urusan Pendaftaran Perniagaan secara online saya telah selesai dan berjaya! Semuanya hanya berhubung melalui e-mel!

12. Seterusnya perkhidmatan bagi mendapatkan cetakan maklumat perniagaan boleh anda perolehi menerusi e-Info dengan melayari semula laman web www.ssm.com.my atau terus ke Kaunter No 3 dan 4 di Tingkat 13, Suruhanya Syarikat malaysia, The Mall. Ketika ini saya hanya perlu membuat cetak Pendaftaran Perniagaan saya di atas kertas A4i dan bolehlah dipaparkan di dinding di depan komputer peribadi saya! Alhamdulillah.


GUD LUCK!

Aug 12, 2010

APE- APE AJE

lama sungguh aku x masuk blog.. bz teramat sangat...walupun kadang2 banyak perkara yangaku nak kongsi dgn rakan2..Takpelah myb lain kali aku tulis...

Entah kena tiba2 aku terpanggil untuk menulis tentang MLM. myb sbb dah ramai sgt yg tag aku pasal networking bizz. aku bukan anti network biz. biz aku juga melibatkan networking biz. Cuma kaedah dan pengurusan berbeza.Tak semua MLM tu tak betul dan haram. Tp kebanyakkannya sekarang rata2 yg join MLM tu sbb diumpan bonus yang lumayan setiap bulan serta kereta mewah... HUH!!! kesian.....Tapi bagi kita dah ada akal dan boleh fikir.. fikir dulu sebelum masuk. kaji dan dalami dulu ilmu satu2 MLM. ini kerana jika kamu join MLM tanpa kamu memahami selok belok produk, ia akan menjadikan biz kamu haram. Mase aku buat assg tentang " MLM dalam pandangan Islam " aku terjumpa artikel ini dari seorang ustaz dan juga pakar muamallat.

Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian. namun begitu, ia mungkin diHARUSKAN jika terdapat penasihat Shariah yang membetulkannya selaras dengan aqad Ju'alah. namun begitu, majoriti syarikat MLM tidak mempunyai pensaihat Syariah untuk membetulkannya, menyebabkan ia kekal di dalam syubhah.
* Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angina tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas briker di atas broker dan seterusnya. Dalam hal berbilangnya rantaian komsiyen broker ini, menurut perbincangan saya bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi. Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya. *

Spt yg saya kata tak semua MLM tu haram. If menepati syarak apa salahnye.....

"jika komsiyen datang dari pihak syarikat atas dasar yang betul seperti jualah dan hibah, ia boleh jadi diharuskan. Namun sekali lagi rukun dan syarat aqad yang betul mesti dipantau oleh penaasihat Syariah yang berkelayakan"
 
Kalo ikutkan banyak lagi penerangan ttg MLM... nak tau detail link bawah ni n faham betul2 jgn fikir pendek.
http://www.zaharuddin.net/content/view/222/72/

Jun 25, 2010

Bizi bizi bizi

Seminggu dua neh aku bizi teramat sangat. Tempahan tidak pernah putus... Alhamdulillah rezeki dari Allah taala.. Walau agak penat tp berbaloi2... Puas hati... Hasil kerja tanganku dibawa masuk ke butik2. Insyaallah jika perbincangan positive akak sampai ke sabah pula..So my target b4 raye aku mampu kumpul RM10K.. insyaallah.. jika sebelum ini.. mase tengah bertatih.. income sampingan aku mencecah 10K within 5month.. alhamdulillah... so ni target dlm 2 bulan 10K... mampu ke aku?.. order ditangan ni aku perlu siapkan dlm 2 week. dah ada 3K.. so 2week ( 3K ) x 4week = RM12K ?????... insyaallah doakan aku berjaya..

Jun 21, 2010

Weekend Aktiviti

Mcm biasa aktiviti aku on weekend.. menjait..menjait menjait.. cuti sabtu aku mmg dimanfaat kaw2... 2 hari jugak aku x tido siapkan 36 tempahan pelbagai size... hadooiiii... yang memningkan kepala bila tudung labuh... seksa jiwa raga.. tp akhirnya berjaya jua aku siapkan 12 helai tudung labuh, 12 helai tudung budak sekolah dan 12 helai tudung pelbagai size...

Weekend yg bz

Adeh... 2 hari cuti.. 2 hari gak kau tak cukup tido... tempahan semakin banyak.. setiap hari ada tempahan in bulk masuk.. alhamdulillah.. rezeki anak.. tp da problemnye.. kedai aku kat Wanita Melayu dot com.. blom jugak dapat aku update.blog kedai online aku pun x sempat update.... addoiiiiii camne ne.. hangus kedai aku tu...aku dah byr 130....nak tak nak aku kena juga siapkan readymade aku... aku kekurangan stock readymade asyik jait orang punye je..camne aku nk publish...... go go go liza...u r superwomen... ..

Jun 19, 2010

Shipping From China

Alhamdulillah.. barang yg aku order dari tanah besar cina telah dibuat penghantaran. Jika tiada aral dan sekatan Kastam.. insyaallah akan sampai hari Isnin. Hopefully. Mulanya aku agak cuak untuk berurusan dengan pengilang dari China. Kebanyakkan orang berfikiran negatif. katanya banyak yang menipu. dan aku bernasib baik kali kerana urusan aku kali ini berjalan lancar. jika sebelum ini aku pernah membuat pembelian terus dari hongkong..juga tiada masalah. Dunia semakin canggih. segala urusan semakin mudah. tiada phone call. semua urusan menggunakan email semata2. Aku puji cara diorang berniaga. very effisyen. gud respon. diorang melayan jerk setiap soklan merepek aku..ini tracking brg aku... this trip.. bodo2 pun aku dpt untung 200%. Permintaan dah sedia ada. Hot item. tp kena la jual ikut harga pasaran. nnti orang kata aku potong jalan plak.. hehhehehehee

New Face..New Attitude..

Agak lama aku x update Blog.. bukan agak.. mmg lama giler...sibuk ngan bende2 lain...Aku rasa lately aku byk ketinggalan beberapa perkara. sibuk dgn jadual bizz.. pening ngan anak aku yg semakin nakal. hb bz.. so tanggungjawab menguruskan anak n famili atas bahu aku sorang2.Byk perkara yg perlu dislesaikan.. Arggghhhh penat giler. Dengan berat badan aku yg semakin bertambah2 mcm di pam2.. aku pun tak tau selera makan aku menjadi2.. sbb itu juga aku hilang fokus.. RUGINYAAAAA..aku jadi down.. hilang keyakinan.. adusssss!!!!!!

But Now aku rasa aku perlu berubah. berubah lagi.... sejak bulan lepas lagi aku nak berubah... tak jadi2 jugak.. makin teruk ada... tapi kali ini MESTI!!!.. kalo tidak hidup aku semakin hanyut.. hanyut dgn khayalan aku sendiri..

Harini plak sure x tido dgn tempahan yang semakin banyak...hopefully aku dpt siapkan mengikut jadual... so takat ni dulu.. kena berenti nk menjait plak.. to continue esok..

Apr 15, 2010

Not feeling Well

Emm dah agak.. aku mesti xde masa nk update. tgk template blog pun aku tak sempat buat.... tapi this 3 week mmg menguji aku... sepanjang minggu aku tak sihat. sakit kepala memanjang.. aktiviti menjahit aku juga langsung tergendala 3 week!!!!... arrgghhh tmbah2 tension... byk tempahan tak siap. cuba gak bertahan... pegi kerja aku mcm hayal.. langsung xleh fokus kerja. lepas kerja..smpi je umah aku mesti tido.. gitulah keadaan aku selama 3 week. lastly aku tak tahan MC for 1 day... rupanya doc kata aku dehydrated... hah!! ye ke?.. myb kot dgn cuaca panas dan aku mmg payah minum air jarang... dengan tekanan darah aku tinggi 153/105.. gilo!!!tak pasal2 kena monitor BP.. so seminggu aku mncekik air isotonik dgn harapan aku kembali sihat.. mcm dah ada perubahan on saturday.. so apa lagi outing la ngan famili... tapi sekerat hari jer.. Adeh!!!.. kena sakit kepala lagi... jwbnye ahad melepak jew. smpi rumah pun tunggang langgang sbb da x larat sgt nk bkemas.. kesian hubby terpaksa makan diluar.. aku dah x kuasa nk melarang muqrish... emmm dia apa lagi.. satu rumah disepahnye.. semua bende mak nenek kat dapur diangkut keluar... addoii bertambah2 fenin aku.... Isnin aku masuk kerja spt biasa. tapi masih fenin2 lalat. kuatkan jugak diri g opis sbb ada keje dateline yg blom siap... emmm cam biasa balik keje aku tido lagi..tensen btol.....cuba makan ubat n tidur seawal mungkin.. aktiviti menjait langsung aku x sentuh...dgn harapan aku dapat bekerja dgn sempurna. Selasa.. kepala aku masih lagi fenin2... tp degilkan diri.. kunun nk g keje.. aaargggg BEDEBUBBB!!!..aku jatuh... ini entah kali keberapa aku jatuh/pitam.. b4 dis mase dok bangi smpi terseliuh kaki n pinggang sakit. Tapi itulah kedegilan aku..smpi hari ini huby aku tak tau aku jatuh.. aku tak mau dia risau. so MC lagi 2 hari. tp kali ni lain plak.. aku pun tak tau mana satu betul... BP aku rendah plak...adeh!!..doc suggest aku dimasukkan drip jew sbb dehydrated teruk sgt.Haru lagi aku... dehydrated masih blom pulih.. doc kata kesan dr thyroid yg aku hidapi menyebabkan aku sukar pulih dr dehydrated... aku sbnrnya kurang pasti psl thyroid.. mase aku on treatment dulu pun doc kata org thyroid ni metabolisme tinggi.. tp aku rasa.. aku ni terbalik!!!..kalo metabolisme tinggi mesti aku da kurus kering... tp aku ni bagai di pump!!!!... huhuuhuu.. tp ada berubahan gak.. 3 minggu aku tak sihat berat aku turun 2kg.. So start that day.. aku kena monitor tekanan darah. Dan aku rasa aku perlu follow up semula temujanji thyroid aku. nampaknya thyroid aku jadi balik..tp doc mesti marah.. ye lah dah setahun aku berenti treatment.. Walau apa pun.. aku mohon agar Allah memberi aku kesihatan yg baik untuk aku meneruskan perjuangan cita2 ku dan membolehkan aku menjaga keluargaku dgn sempurna...Aminn..

Apr 1, 2010

APA2 AJER

dah lama btol aku tak update blog.. kebizian yang amat sangat mengejar kerja dan cita yang tak kesampaian... Lately kawan2 ku dan saudara2 muslim ku sibuk2 pasal login fisbuk dapat 100. argh Pembohongan semata2 dan hanya propaganda sahaja agar orang yakin. Yang sedihnya... dalam keghairahan mereka mencari duit dengan cara menipu dan mengkaburi mata saudara sesama islam seolah2 mereka lupa akan halal haram sesuatu urusniaga... nampak senang.. orang berniaga.. kita nk berniaga jugak.. tapi takde ilmu.. kesiannyaa..lagi kesian kalo memang betol pelaburan berkenaan haram.. bukankah satu dosa mengajak orang lain melakukan dosa.. cuba bayangkan tak banyak la.. katalah dengan bangganya dia jadi jutawan.. tapi berapa banyak pula dosa yg dibuat kerana mengajak orang lain turut serta menyertainya. Orang kalo dah nampak duit jew.. benda lain tolak ketepi... berbalik kepada login fisbuk ( id ) sbb ramai yang masuk main masuk jer tak tahu apa itu pelaburan apa itu urusniaga. Dengan sengaja memutar belit fakta2 sedia ada bagi mengelirukan orang ramai yang tak tahu apa2 pasal perniagaan. walluhallam... akan bersambung........

Mar 22, 2010

MASA

nampaknye hajatku untuk sentiasa updated blog tak kesampaian... huhuhu.. ahh.. aku masih tercari2 masa untuk diri sendiri... weeknd jew my hubby suke jalan2 cari makan.. aku plak dok pk tempahan2 yg blom siap.. so jawabnye hari kerja la terpaksa aku siapkan tempahan... adeh... Tiba2 aku rasa confident level aku turun mendadak lepas berat badanku juga naik mendadak.. aku perlu lakukan sesuatu untuk kembalikan keyakinannku... atas sebab itu jugalah aku jadi malas nk keluar.. bh aku pun naik hangin jew dgn perubahan ku.... sabar ye laling... give me a time.. esok nk jogging... harap2 rancanganku menjadi kenyataan... doa2kan lah...

Mar 17, 2010

muqrish lagi

Sudah beberapa hari aku x buka blog. x bkesempatan..plan nk g holiday. akhirnya tertangguh kerana cuti aku x lulus.waaaaa....tapi takper lah huby da janji ada kelapangan dia bawa ku bercuti jugak... myb ada hikmahnye.. nak jadi crite.. hari sabtu muqrish demam teruk smpi cirit birit... kesian dia 3 hari dah cam gitu.. sedih tgk dia lembik jew.. apa boleh aku buat.. mujur dia tak liat makan ubat... bagi jew.. dia mkn sendiri... anak ibu..tp doc kata dlm tempoh 3 hari dia akan baik dgn sendiri.... mlm ni nmpak dia semakin sihat. dah tak muntah n berak lagi.. t.hari tadi buat aku risau je. mak crite dia ngadu sakit perut ngan abahnye smpi guling2.. mak aku plak mengelabah takot apa2 jadi.. lepas abg sapu ubat.. terus jew berterabur atas lantai..then lepas tu.. mak kata takde lagi berak2.. cuma muntah sket2.... aku balik kerja tadi.. terus dia minta nasi dan air sirap.. makan mcm orang kebulur tp aku x berani nk bg banyak takot muntah lagi... yg kesiannye.. mkn xde la banyak. aku risau sbb b4 dis.. paling tidak b4 tido dia akan minum 2 botol susu.. tapi harini mak kata dia cuma minta susu pagi tadi je. ptg mak offer dia jwb x nak.. smpi la dia tido.. tanpa minum air/susu.. siannye..harap2 anak ibu cepat sembuh.. nnti buleh kita g jenjalan k.

Mar 14, 2010

Mak Aku

harini aktiviti penoh. smlm g rumah kak noriah.. yg kelakarnya.. mak aku dah get rady nk balik kampung.. abg iparku dah panaskan enjin keta nak balik.. last minute.. buleh dia x nak balik.. nk ikut aku balik plak... tak kisah lah... aku pun tak tau aper dia marah sangat smpi merajuk terus nk balik kampung... yg aku tahu,.. mak aku masih marah pada abang iparku yang bernambah cawangan lain. mak anggap BIL aku tu tak hormat kat dia sbb dia ada di rumah.. my BIL g nikah seolah2 tiada apa yang berlaku... inilah lelaki.. aku sedar kakak aku ada kekurangan diri..mungkin juga sbb dah hampir meniti usia 50an. Tapi dia perlu fikir.. anak2 masih memerlukan bimbingan dan perhatian. Aku tak kisah ekcelly kalo dia terlalu mampu untuk berkahwin lain.. ini tidak.. dia seolah2 lupa bahawa dia pernah susah.. dulu siapa yang tolong.. mase nk bisnes dulu.. sapa yang bagi modal?.. kakak aku jugak.. lastly modal entah kemana.. bisness entah kemana.... agaknye itu kesan dr menipu isteri. kerja yang dilakukan tidak berkat. tidak seperti dulu.. dulu tiap kali job mendatang.. dia sukses..rezeki mencurah2.. mase tu lah dia ambil kesempatan keatas kebaikkan kakakku dan kepercayaan kakak ku... emmm dulu tiap2 mlm balik lmbat. alasan ada keje outstation... rupanya dia dah pun ada rumah lain.. emm biarlah mereka dgn masalah mereka.dah dewasa.. pandai lah diorang selesaikan....

Mar 12, 2010

NEW BLOG

Dah agak lama aku akaun buka blog neh..tp tak berkesempatan untuk update. bz teramat sangat....so now aku cuba untuk meng'update' blog ni dari masa ke semasa. well.. tak banyak perkara yang menarik dalam hidup aku.. segala2nya membosankan...untuk mengisi kebosanan aku.. aku cuba menyibukkan diri dengan belajar. 3 tahun aku mengabdikan diri dengan kuliah, disamping sibuk sebagai seorang isteri, ibu dan juga pekerja. Selesai kuliah, selepas aku berjaya mendapatkan segulung ijazah dengan kepujian.. hidup aku kembali bosan setiap hujung minggu. setelah sekian lama setiap minggu aku sibuk dikuliah. Akhirnya aku ambil peluang dengan hobi menjaitku sebagai sumber menjana pendapatan sampingan. kini aku kembali sibuk dengan tempahan2 menjahit. Sepanjang hari.. setiap hari dari sabtu hingga sabtu berikutnya.. setiap jam dan setiap detik aku dipenuhi dengan aktiviti. selain anak, rumah, suami dan menjahit... arggghhh penatnye. semakin hari juga aku lupa masa untuk diri aku sendiri...arghhhh.. diriku sendiri sekarang hampir tidak terurus... penatnye... Tapi harini aku mulai sedar.. banyak yang ketinggalan dalam hidup aku... aku seolah2 jadi anti sosial. malas nak keluar rumah.( smpi hubby pun kekadang naik nyampah agaknye.. ye lah tiap kali ajak keluar ada saja alasan aku..pujuk punya pujuk pun x jalan..smpi balik kmpung pun aku x minat ). malas nak jumpa orang... cara aku bersosial tanpa keluar rumah... kini facebook jadi duniaku.aku semakin lupa dan lalai dan hasilnya..NAH!!!!.. badanku semakin hari semakin KEMBANG!!!!.... WAAAAAAA......aku mula hilang keyakinan.. aarrrggghhhh mana pergi diriku yg dulu.... aku perlukan perubahan... perubahan positif dari semua aspek... KERJA, SOSIAL, PERIBADIKU, BISNESS.. orang dah melangkah ke depan.. tapi aku seolah2 semakin kebelakang....Hopefully usahaku untuk berubah akan berjaya dan mendatangkan hasil yang positif dan baik.... Aminnnn...jumpa lagi next post.
 
Copyright (c) 2010 Aku adalah Aku and Powered by Blogger.