Pages

May 30, 2011

MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN VERSI NLIZA

haaa.. masak tempoyak versi aku... macam la terror masak.. hahahaha.. versi aku sebab ini adalah versi  orang malas..versi campak2 dan sesuka hati.. huhuh.. so bahan- bahan2nya ialah

bahan A
3 biji bawang merah
1 inci kunyit (tumbuk)
5 biji cilipadi (tumbuk) - aku boh sikit je cz nnti muqrish xleh makan. korang nk pedas.. boh le 50 biji
3 keping lengkuas (dihiris nipis2)
daun kesom seikat
1 batang serai - diketuk
air secukupnya

Bahan B
ikan patin sederhana besar
1 mangkuk kecik tempoyak - kalo nk pekat lagi.. boh le 2 mangkok kecik/ senduk

Cara-cara
( Ini versi aku ye..)
bubuh je semua bahan A diatas kacau sebentar sehingga mendidihTambahkan air lebih kurang dalam 2 senduk. lepas tu masukkan lah ikan tu bersama garam secukup rasa..pastu masukkan tempoyak sikit2. Bila dah mendidih dan ikan agak2 80% masak..masukkan daun kesom dan kacau sedikit2. Tutupkan periuk lebih kurang dalam 15 minit. Kemudian rasa masam dan masinnya.

** Ada orang buat tempoyak masam.. so kalo masam.. boh le gula... kalo tak cukup Sekiranya tempoyak terlalu masam boleh tambah sedikit gula. Kalu terkurang masam blh tambah asam keping. tp rasanya tak payah boh asam le.. mmg masam!!

Kemudian boleh di hidang.. untuk anak dan suami terchenta.... mudah kan??..... Selamat mencuba.....

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 Aku adalah Aku and Powered by Blogger.